Maxis Tambah 10GB Percuma Untuk Semua Pelanggan Pascabayar

Sudah tiga minggu kita dalam 2022 namun sesetengah pelan pascabayar di Malaysia masih lagi mengenakan kuota. Bagaimanapun, Maxis hari ini telah mengemas kini pelan mereka di laman sesawang yang mana semua pelan pascabayar kini dinaikkan kuota sebanyak 10GB secara percuma.

Semua pelanggan pascabayar sedia ada akan menerima penaiktarafan secara automatik tanpa perlu membuat permohonan. Mereka yang sudah berjaya dinaikkan kuota akan menerima pemberitahuan melalui SMS.



Selain itu, Maxis juga menawarkan rebat sebanyak RM200 untuk pelan tertentu bagi pelanggan baru yang mendaftar secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi Maxis.

Baca juga: