Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iOS Android

Fungsi Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari Android Ke iOS Bakal Tiba Tak Lama Lagi

Diterbitkan Januari 21, 2022 oleh Amsyar Latif

Walaupun WhatsApp merupakan aplikasi permesejan popular, ia masih mempunyai satu kekurangan besar, iaitu sukar untuk membuat pemindahan perbualan (chat) antara peranti Android dan iOS.

Namun, berita baik buat pengguna kerana pemindahan perbualan dari Android ke iOS akhirnya akan tiba.

Menurut WABetaInfo, mereka menemui ciri import sejarah perbualan dari Android ke iOS dalam versi beta terbaru.

Fungsi Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari Android Ke iOS Bakal Tiba Tak Lama Lagi

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, WhatsApp meminta kebenaran daripada pengguna sebelum memulakan pemindahan. Tambahan lagi, aplikasi Move to iOS turut diperlukan bagi membolehkan ciri ini dilakukan.

Walau bagaimanapun, belum pasti lagi bilakah fungsi baharu ini akan ditawarkan kepada pengguna serta sistem operasi apa yang menyokongnya. Akan tetapi, ia dijangka bakal tiba tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, pemindahan sejarah perbualan dari iOS ke Android sudah pun diberikan.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • Ciri Terbaru WhatsApp Membantu Pengguna Berhijrah Dari Peranti iOS Ke Android Kini Tersedia

  • Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

  • WhatsApp Ada Kemaskini Baru, Padam Perbualan Secara Automatik Dalam 24 Jam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY