Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
U Mobile_

Syarikat Pelabur Singapura Jawab Mengenai Status Pegangan Saham U Mobile

Diterbitkan Disember 11, 2024 · Dikemas kini Disember 11, 2024 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dilaporkan tentang Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia) yang mengumumkan bahawa Mawar Setia, sebuah syarikat swasta tempatan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim akan mengambil alih saham majoriti dalam U Mobile.

Dalam satu perjanjian pembelian saham bersyarat, Mawar Setia akan mengambil alih pegangan dalam U Mobile daripada Straits Mobile Investments yang merupakan anak syarikat ST Telemedia.

Menjawab perkara itu, ST Telemedia (STT)  memaklumkan bahawa mereka telah menjadi pemegang saham strategik dalam U Mobile sejak Mac 2010 lagi.

“Sejak pelaburan awal kami, kami telah menyokong pertumbuhan transformatif U Mobile.Melalui anak syarikat milik penuh kami, Straits Mobile Investments Pte. Ltd., peratusan pemegangan saham semasa STT dalam modal saham biasa terbitan U Mobile ialah 49%, selaras dengan pendedahan U Mobile dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebagai sebahagian daripada menyokong pertumbuhan U Mobile, STT berkata, mereka telah dan dari semasa ke semasa, menyediakan pembiayaan kepada syarikat dalam bentuk instrumen kewangan tertentu.

Instrumen kewangan ini juga akan menjadi sebahagian daripada jualan kepada pembeli apabila syarat-syarat tertentu sebelum penyiapan jualan dipenuhi, termasuk penerimaan kelulusan kawal selia yang berkaitan.

ST Telemedia (STT) ialah pelabur strategik yang beribu pejabat di Singapura yang mengkhusus dalam perniagaan Komunikasi, Pusat Data dan Teknologi Infrastruktur di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Syarikat Singapura Jual Saham Majoriti U Mobile Kepada Mawar Setia
  • Bacaan Pertama Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024 Telah Dibentangkan Di Dewan Rakyat

Sumber: Siaran media ST Telemedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY