Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator

Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator

Diterbitkan Disember 19, 2023 · Dikemas kini Disember 20, 2023 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat komputer dari China telah membina sebuah komputer riba dengan konfigurasi unik yang menawarkan spesifikasi sehingga cip pemprosesan AMD EPYC 64 Teras, kuasa grafik komputer meja NVIDIA RTX 4080 dan menggunakan sistem penyejukan radiator.

Komputer riba ini didatangkan dengan dua konfigurasi CPU AMD EPYC yang berbeza iaitu EPYC 7713 dan EPYC 9554, kedua-duanya adalah cip 64 teras berdasarkan seni bina Zen 3 dan Zen 4 yang biasa digunakan untuk komputer pelayan (server).

Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator
Komputer riba ini juga tersedia dengan skrin mini 3.5 inci di bahagian kanan untuk pemantauan pelbagai parameter seperti suhu.

Selain daripada penggunaan CPU EPYC AMD, komputer riba ini juga dimuatkan dengan GPU GeForce RTX 4080 NVIDIA untuk komputer meja.

Jadi adalah luar biasa apabila kad grafik berkuasa seperti ini dapat dimuatkan ke dalam komputer riba tersebut.

Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator

Dari imej yang dikongsikan, komputer riba itu adalah jauh lebih besar dan lebih tebal daripada komputer riba moden yang ada di pasaran.

Tetapi memandangkan ia dilengkapi CPU & GPU berkuasa tinggi yang disepadukan ke dalam komputer riba, ketebalan dan saiznya bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Malah komputer riba ini dilengkapi dengan mekanisme penyejukan “tersendiri” di mana ia mempunyai sistem penyejukan cecair terbina dalam yang pertama di dunia yang menggunakan radiator dan bukannya paip seperti kebiasaannya untuk pelesapan haba.

Ia dilengkapi dengan pam air dan tangki air terbina dalam untuk memastikan komponennya sentiasa sejuk.

Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator
Saiz keseluruhan komputer riba ini adalah 420mm x 325mm x 46mm, sekaligus  menjadikan lebih besar daripada generasi semasa di pasaran.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin resolusi 2.5K 17.3 inci dengan kadar segar semula 240Hz (boleh dinaik taraf kepada paparan 4K 120Hz).

Komputer riba ini sememangnya direka untuk dijadikan stesen kerja yang masih lebih mudah dibawa daripada memindahkan komputer meja dengan perkakasan yang serupa.

Syarikat Komputer China Hasilkan Komputer Riba Setebal 4.6cm, Sistem Penyejukan Radiator

Dibangun dan diedarkan oleh Zhanjiang Xinjuneng Technology Co., Ltd., jualan komputer riba REV-9 SERIES ini akan bermula eksklusif di Taobao pada 19 Disember 2023.

Walaubagaimanapun setakat ini, belum ada lagi info mengenai harga jualannya.

Berkaitan

  • (Ulasan) ASUS Vivobook 16 (M1605) - Laptop Bajet Skrin Besar, Bateri Tahan Lama
  • Hanya RM20/Bulan, OK VISION, TV Satelit Prabayar Baharu Di Malaysia
  • Qualcomm Dakwa Cip Komputer Snapdragon Mereka Lebih Pantas Daripada Apple M3

Sumber: pconline

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY