Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
M3 VS SD X Elite

Qualcomm Dakwa Cip Komputer Snapdragon Mereka Lebih Pantas Daripada Apple M3

Diterbitkan Disember 18, 2023 oleh ariff bukhari

Pada Oktober lalu, Qualcomm telah pun melancarkan mengeluarkan cip pemprosesan baharu mereka untuk platform komputer iaitu Snapdragon X Elite.

Berasaskan kepada pemproses 4nm, Qualcomm kini mendakwa cip Snapdragon X Elite mereka menawarkan prestasi berbilang teras sehingga 21% lebih pantas daripada cip Apple M3 yang turut diumumkan tahun ini.

Berdasarkan kepada hasil ujian pada cipset Snapdragon X Elite itu, ia didapati mampu mencapai skor berbilang teras setinggi 15,300 mata.

Sebagai perbandingan, cip Apple M3 mendapat skor setinggi 12,154 mata.

Qualcomm telah melakukan ujian ini pada Geekbench 6 dan anda boleh lihat skor dari penanda aras dalam imej yang dilampirkan di bawah.

qualcomm SD X Elite

Namun begitu, mereka menyatakan bahawa pengalaman pada perisian masih tetap berbeza.

“Pengalaman itu tidak akan sama kerana mereka menjalankan macOS dan kami menjalankan Windows, tetapi dari segi perkakasan, yang merupakan satu-satunya perkara yang boleh kami kendalikan, ia adalah perkakasan yang baik,” kata Sascha Segan, Pengurus Perhubungan Awam Kanan Qualcomm ketika bercakap kepada Digital Trend.

Komputer dikuasakan Snapdragon dijadualkan hadir pada pertengahan 2024 daripada vendor termasuk Acer, Asus, Dell, HP, Honor, Lenovo, Microsoft Surface, Samsung dan Mi.

Berkaitan

  • Tak Endah Sekatan AS, Huawei Masih Perkenal Cip Kirin 9006C
  • Papan Induk MSI Kini Sokong Kapasiti Memori Sehingga 256GB

Sumber: Digital Trends

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY