Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Syarikat Ini Tawar RM47 Ribu Dan Yogurt Percuma Jika Anda Jauhi Telefon Pintar Selama Sebulan

Diterbitkan Januari 31, 2024 · Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat berpangkalan di AS sedang menjalankan program yang mencabar pengguna untuk tidak menggunakan telefon pintar selama sebulan.

Inisiatif yang dinamakan sebagai Digital Detox Program ini digerakkan oleh sebuah syarikat makanan yogurt, siggi’s.

Jika berjaya, syarikat itu akan membayar anda sebanyak USD10 ribu (~RM47 ribu).

Tidak sekadar menerima habuan wang tunai, syarikat itu juga menawarkan kotak berkunci untuk telefon pintar, telefon lipat lama, 1 bulan kad sim prabayar dan 3 bulan yogurt siggi percuma kepada peserta yang berjaya dalam program ini.

Pertandingan ini sudah pun dibuka bermula 17 Januari lalu dan akan ditutup pada 31 Januari 2024. Peserta yang ingin menyertai program ini pula mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

Pemenang pula terhad kepada 10 orang pemenang sahaja. Ketahui lebih lanjut tentang Digital Detox Program oleh siggi’s ini di laman rasmi siggi’s Digital Detox Program (siggis.com).

Berkaitan

  • Seakan Tuntut "Cerai", HarmonyOS Tidak Akan Lagi Sokong Aplikasi Berasas Android
  • Infinix SMART 8 Pro Kini Tersedia Dengan Harga RM399
  • TikTok Uji Ciri Beli Barangan Berdasarkan Objek Yang Dipapar Dalam Video

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY