Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Seakan Tuntut “Cerai”, HarmonyOS Tidak Akan Lagi Sokong Aplikasi Berasas Android

Seakan Tuntut “Cerai”, HarmonyOS Tidak Akan Lagi Sokong Aplikasi Berasas Android

Diterbitkan Januari 31, 2024 ยท Dikemas kini Januari 31, 2024 oleh ariff bukhari

Huawei Technologies telah melancarkan versi terbaru sistem operasi mudah alih yang dibangunkannya sendiri, HarmonyOS untuk pembangun.

Versi itu yang dikenali sebagai HarmonyOS Next telah disediakan kepada pembangun dan sistem operasi itu dijangka akan dilancarkan kepada pengguna pada suku keempat tahun ini.

HarmonyOS Next, dikatakan akan memberi peningkatan besar kepada platform mudah alih Huawei. Malah ia juga tidak lagi akan menyokong aplikasi berasaskan Android apabila ia dilancarkan nanti.

Sistem HarmonyOS pertama kali dilancarkan adalah pada tahun 2019 dahulu selepas sekatan AS mengurangkan aksesnya kepada sokongan teknikal Google untuk sistem operasi mudah alih Androidnya.

Walau bagaimanapun, versi terdahulu HarmonyOS masih membenarkan aplikasi yang dibina untuk Android digunakan pada sistem tersebut.

Zhu Yonggang, presiden Perkhidmatan Awan Perniagaan Pengguna Huawei berkata, kini terdapat lebih 200 rakan industri telah memulakan pembangunan aplikasi HarmonyOS yang asli dan syarikat itu menyasarkan untuk mendapatkan 5,000 rakan kongsi menjelang akhir 2024.

Untuk menggalakkan pembangunan ekosistem yang lebih mantap untuk HarmonyOS, Huawei juga akan bekerjasama dengan lebih daripada 280 syarikat dan lebih 300 institusi pendidikan untuk memupuk pemaju untuk sistem operasi tersebut.

Huawei juga dilaporkan akan melabur sebanyak 7 bilion yuan (~RM4.6 bilion) untuk menyokong inovasi aplikasi asli HarmonyOS kepada Kit Pembangunan Perisian (SDK).

Berkaitan

  • Siri HONOR Magic6 Bakal Dilancar Semasa Acara MWC 2024
  • Siri TECNO POVA 6 Bakal Bawakan Pengalaman Audio Dolby Atmos
  • Kuo: Rekaan iPhone 16 Mungkin Tidak Banyak Berubah

Sumber: Reuters. SCMP, Gadget Match

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY