Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ling Long

Syarikat China Hasilkan PC Di Dalam Papan Kekunci Boleh Lipat

Diterbitkan Julai 9, 2024 · Dikemas kini Julai 9, 2024 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat China sedang membangunkan PC mini di dalam papan kekunci boleh lipat, menjadikannya cukup mudah alih untuk dibawa ke mana-mana di dalam poket anda sahaja.

Ling Long, syarikat yang memperkenalkan PC papan kekunci boleh lipat itu di media sosial Cina memuatkan perkakasan ke dalam peranti yang kompak itu dengan memasukkan cip komputer riba AMD, Ryzen 7 8840U, di dalam papan kekunci tersebut.

Ling Long

Tanpa mengorbankan sebarang keupayaan PC, ia turut dilengkapi dengan papan induk dan kipas penyejuk dibina di dalam separuh daripada saiz papan kekunci itu.

Malah ia turut dimuatkan dengan bateri terbina 6,000 mAh berada di bahagian lain. Di tengahnya pula terdapat engsel yang membolehkan papan kekunci dilipat.

Ling Long
PC Ling Long ini juga lengkap dengan sambungan USB A dan USB-C.

Menurut syarikat itu pada pembentangan produk tersebut, pengguna akan dapat menggunakan PC tersebut sekitar 4 hingga 10 jam, bergantung pada penggunaan.

Tiada tarikh pelancaran diberikan, tapi Ling Long merancang untuk menjual produk itu pada harga 4,699 yuan (~RM3,044).

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Lancar Storan SSD Berkapasiti Tinggi Pertamanya, Berpotensi Cecah 122.88TB

Sumber: tomshardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
©2026 WISER.MY