Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Susah Sebenarnya Nak Hasilkan Telefon Saiz Kecil”, CEO Xiaomi

“Susah Sebenarnya Nak Hasilkan Telefon Saiz Kecil”, CEO Xiaomi

Diterbitkan Disember 28, 2021 oleh Meor Hasyim

Pasaran telefon pintar sebenarnya lebih banyak terdiri daripada telefon yang bersaiz besar.

Jika diperhatikan hanya beberapa model sahaja telefon bersaiz kecil atau kompak seperti ASUS Zenfone 8 mahupun iPhone 13 mini. Itupun kurang sambutan.

Lei Jun, CEO Xiaomi baru-baru ini mengakui ada sebab kenapa tidak banyak telefon bersaiz kecil di pasaran.

Mengaitkan dengan Xiaomi 12 yang bakal dilancarkan hari ini, ia mempunyai saiz yang agak kecil dengan saiz skrin 6.28 inci berbanding kebanyakan telefon lain dengan rata-ratanya 6.5 inci ke atas.

“Susah Sebenarnya Nak Hasilkan Telefon Saiz Kecil”, CEO Xiaomi
Xiaomi 12

Menurut Lei Jun, untuk menghasilkan telefon bersaiz kecil seperti Xiaomi 12, ia memerlukan kos dan juga kepakaran teknikal lebih tinggi.

Seperti contoh, untuk menghasilkan papan induk lebih kecil, kosnya meningkat kepada 25%.

Perkara lain perlu diberi perhatian juga adalah sistem penyejukan. Tanpa sistem penyejukan yang betul, telefon akan mudah memanas. Disebabkan itu, sistem penyejukan khas diperlukan dan kos membinanya meningkat kepada 22%.

Dengan ruangan terhad, Xiaomi terpaksa menggunakan teknologi bateri baharu iaitu asid kobalt lithium justeru menaikkan kosnya kepada 14%.

Menurut Lei Jun lagi, jika Xiaomi tidak menghasilkan telefon andalan bersaiz kecil, sukar untuk pengguna Android mencari alternatif kepada iPhone 13 dan pengguna terpaksa redha dengan menggunakan telefon bersaiz besar.

Sumber: Weibo

Baca juga:

  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2
  • Rupa Xiaomi 12 Sebenar Diperlihatkan, Lebih ‘Clean’ Dari Mi 11
  • Xiaomi 12 Pro Menjinakkan Suhu Snapdragon 8 Gen 1 Semasa ‘Gaming’

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY