Rupa Xiaomi 12 Sebenar Diperlihatkan, Lebih 'Clean' Dari Mi 11

Xiaomi 12 adalah telefon andalan yang dinantikan ramai sebagai telefon Xiaomi yang bakal menggunakan cip terbaharu Snapdragon 8 Gen 1.

Sebagai model baharu, sudah tentu ada yang ingin tahu bagaimana perbezaan rupa bentuknya berbanding Xiaomi 11 sebelum ini.

Sebelum ini, imej janaan komputer sudah didedahkan, kali ini imej Xiaomi 12 sebenar telah pula diperlihatkan memberikan pengguna serba-serbi maklumat rupanya apabila dilancarkan nanti.

Tambahan, dikatakan akan ada 3 model yang dilancarkan dalam siri Xiaomi 12 iaitu:

  • Xiaomi 12

  • Xiaomi 12 Pro

  • Xiaomi X12


Melihat kepada rupa siri Xiaomi 12, Xiaomi menggunakan rekaan yang lebih ringkas dan lebih bersih berbanding Xiaomi 11.

https://twitter.com/evleaks/status/1474440602792177664?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1474447870392741888%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es2_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.gizmochina.com%2F2021%2F12%2F27%2Fxiaomi-12-promo-real-life-images-have-leaked-2%2F

Jika anda ingat pada Xiaomi 11, ia menggunakan variasi tona warna, Xiaomi 12 kali ini nampak seperti 'sudah pulang ke pangkal jalan dan bertaubat'.

Kapsyen: Xiaomi 11 sebelum ini dengan rekaan yang lebih berani


Kita juga dapat melihat penggunaan lensa lebih besar pada bahagian belakang yang merupakan sensor 50MP dipadankan dengan 2 unit - mungkin telefoto dan sudut lebar.

Bercakap mengenai spesifikasi, untuk Xiaomi 12 biasa, ia adalah merupakan telefon kompak dengan saiz skrin 6.28 inci AMOLED beresolusi FHD+ 120Hz.

Ia akan dilengkapi dengan kamera swafoto 32MP serta sistem 3 kamera 50MP utama, 13MP sudut lebar, dan 31MP telefoto dengan zum optikal 3x.

Cip pula adalah Snapdragon 8 Gen 1 dengan RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 256GB UFS 3.1.

Sementara itu, bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan tanpa wayar 30W.

Antara yang dinantikan lain adalah perisian Android 12 baharu dengan MIUI 13 serta kembalinya pembesar suara legend Harman Kardon.

Xiaomiui turut berkongsi imej yang dikatakan Xiaomi 12 Pro.



Menurutnya kedua-dua Xiaomi 12 dan 12 Pro mempunyai rekaan yang lebih kurang sama. Perbezaannya terletak pada sensor kamera pada 12 Pro yang lebih besar dari Xiaomi 12. Biasalah tu, abang mesti lebih power dari adik.

Siri Xiaomi 12 akan dilancarkan pada 28 Disember ini. Jadi sama-samalah kita menunggu ketibaannya secara rasmi nanti.

Sumber: Gizmochina, Evan Blass, Zealer, Xiaomiui

Baca juga: