Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron PDRM

IPD Petaling Jaya Terima Dron Berteknologi Tinggi Berharga RM60,000

Diterbitkan November 19, 2024 oleh ariff bukhari

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima seunit Dron berteknologi tinggi hasil sumbangan daripada syarikat QI Tower Group Malaysia.

Majlis penyerahan dron itu telah pun berlangsung  di Menara QI Tower, Petaling Jaya pada petang semalam.

Program ini dimulakan dengan sesi penyerahan Dron yang disampaikan oleh Pengarah QI Tower Group Malaysia Mr. Krishna Kumar, kepada YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam bin Ja’afar. 

Seterusnya, gimik penerbangan dan pengenalan Dron.

dron PDRM 1

Dron yang dilengkapi dengan keupayaan pengawasan beresolusi tinggi yang bernilai RM60,000 ini adalah bagi mempertingkatkan kecekapan pencegahan jenayah.

Antara ciri utama dron ini adalah pengecaman wajah, sensor haba dan boleh mengesan kebakaran dari tingkat bawah hingga ke tingkat 36 bangunan dan ke atas.

Ia juga mempunyai radius penerbangan sejauh tiga batu (4.8 kilometer) dengan bateri yang mampu beroperasi selama 30 minit.

Penggunaan dron ini juga memudahkan akses pihak polis dalam menjalankan pengawasan di kawasan yang sukar dicapai.

IPD Petaling Jaya berkata, sumbangan ini juga dapat membantu pihak PDRM bagi melaksanakan pemantauan dan pencegahan jenayah yang berkesan bagi mengurangkan ‘Fear Of Crime‘ dalam kalangan masyarakat di bawah pentadbiran IPD Petaling Jaya.

Berkaitan

  • DJI Neo Dilancarkan - Dron Kompak, Harga Bermula RM869
  • Hati-Hati Dengan Cubaan 'Scam' Ambil Alih Akaun Gmail Ini
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: IPD Petaling Jaya, BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY