Steam Tidak Lagi Menerima Bayaran Dalam Bentuk Bitcoin

Penyedia permainan atas talian terkenal, Steam telah membuat keputusan untuk tidak lagi menerima Bitcoin sebagai bentuk bayaran kepada perkhidmatan mereka.

Valve dalam satu kenyataan berkata yuran yang dikenakan bagi memproses pembayaran Bitcoin telah meningkat secara mendadak membuatkan pembayaran melalui Bitcoin tidak lagi menarik bagi mereka.

Mereka juga tidak menolak untuk menerima Bitcoin pada masa akan datang. Steam mula menerima pembayaran melalui Bitcoin di dalam platform itu pada bulan April tahun ini. Ketika itu nilai Bitcoin berada pada tahap RM 1832.85 berbanding sekarang lebih dari RM 60,000.



Keputusan Valve hadir selepas pasaran crypto-tunai, NiceHash dilaporkan mengalami masalah kebocoran keselamatan. Masalah itu memungkinkan yang penggodam dapat mengakses dompet Bitcoin mereka yang bernilai RM 244.4 juta.