Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-01T151625.979

Steam Tamatkan Sokongan Perisian Untuk macOS Ini Tahun Depan

Diterbitkan Disember 1, 2023 oleh Muhd Idham

Khabar ini mungkin akan mengejutkan beberapa pengguna Mac di luar sana. Hal ini kerana platform perkhidmatan permainan Steam akan menamatkan sokongan mereka terhadap sistem operasi (OS) komputer untuk dekstop dan komputer riba Apple versi 10.13 (High Sierra) dan 10.14 (Mojave) pada 15 Februari 2024.

Perubahan ini dilakukan atas sebab ciri teras dalam Steam yang memerlukan sokongan daripada kemas kini terbaru Google Chrome yang tidak menyokong versi macOS yang lama.

Sehubungan dengan itu, pengguna peranti Apple dengan macOS versi High Sierra dan Mojave tidak akan menerima sebarang kemas kini dari segi keselamatan, sokongan teknikal serta pihak Steam tidak akan menjamin keberkesanan platform mereka secara berterusan.

Disebabkan banyak pembangun aplikasi untuk peranti Mac tidak mengemaskini aplikasi mereka daripada 32-bit kepada 64-bit, Apple membuat keputusan untuk tidak menyokong aplikasi 32-bit bagi peranti macOS 10.15 (Catalina) dan ke bawah.

Dalam pada itu, pihak Steam juga menggalakkan pengguna peranti Mac untuk kemas kini sistem pengendalian mereka kepada yang terkini supaya tidak terdedah kepada perisian hasad yang akan menjejaskan platform Steam dan permainan dalam peranti anda seperti kecurian data akaun Steam dan lain-lain.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • PM Anwar Jadi Pengguna Pertama Digital ID Malaysia
  • Unifi Lancar Pelan Pascabayar Uni5G Baharu Dengan Harga Serendah RM39

Sumber: Steam Support 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY