Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ID DIGITAL NASIONAL 4

PM Anwar Jadi Pengguna Pertama Digital ID Malaysia

Diterbitkan Disember 1, 2023 oleh Muhd Idham

Pada tarikh 1 Disember 2023, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah sah menjadi rakyat Malaysia pertama yang memiliki Pengenalan Identiti Digital (Digital ID) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, Digital ID dahulunya telah diperkenalkan pada akhir tahun 2021 oleh Projek Pembangunan Identiti Digital (IDN). Secara ringkasnya, projek ini terlaksana atas dasar melindungi data peribadi rakyat Malaysia.

Projek ini bertujuan untuk memadankan data yang dimiliki oleh pangkalan data kerajaan Malaysia dengan data sebenar daripada sistem pengenalan dan pengesahan biometrik penduduk Malaysia sendiri.

Berdasarkan laporan, Digital ID tidak akan menggantikan sistem penggunaan MyKad tetapi sebagai langkah mencegah identiti palsu seseorang individu itu daripada melakukan transaksi dalam talian.

Dengan sukarelawan daripada PM Anwar, kerajaan Malaysia yakin dapat meningkatkan keyakinan diri rakyat Malaysia untuk bekerjasama dalam menjayakan usaha peningkatan tahap keselamatan sistem kerajaan Malaysia.

PM Anwar juga turut menegaskan bahawa kaedah ini merupakan langkah awal dalam memperuntukkan subsidi bersasar oleh jabatan kerajaan dan sektor swasta. Seiring dengan perbelanjaan sebanyak RM80 juta bagi keterlaksanaan projek ini.

Untuk pengetahuan lanjut mengenai Digital ID ini, sila layari laman web rasmi MyGov.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • AC Syndicate Percuma Untuk Masa Terhad, Ini Cara Tebus
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • GXBank Kini Telah Dibuka Secara Rasmi Untuk Rakyat Malaysia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY