Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Steam Deck Sudah Boleh Dibeli 25 Februari Tapi Bukan Untuk Pasaran Malaysia

Posted on Januari 27, 2022

Pertengahan tahun lalu, Valve telah memperkenalkan Steam Deck iaitu konsol mudah alih untuk memainkan permainan dalam pustaka Steam.

Sepatutnya Steam Deck ini mula dijual pada Disember 2021 lalu namun disebabkan masalah kekurangan cip dan rantaian bekalan menyebabkan Valve terpaksa menunda pelancaran rasmi konsol itu.

Setelah hampir satu bulan, hari ini, Valve telah mengatakan yang konsol tersebut sedia untuk dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2022 ini.

Bermula tarikh itu, Valve akan mula menghantar emel untuk kumpulan pertama yang sudah membuat pra-tempahan.

Valve juga mengatakan embargo ulasan penuh akan diangkat pada tarikh itu, bermakna jika anda mahu membaca atau menonton ulasan Steam Deck, hari tersebut barulah akan ada ulasannya.

Mengenai spesifikasi, Steam Deck hadir dengan skrin 7 inci, cip AMD APU Zen bersama grafik RDNA 2, memori 16GB RAM, dan storan sehingga 512GB NVMe SSD.

Pun begitu, buat masa ini Steam Deck hanya akan dijual dalam pasaran-pasaran terpilih sahaja seperti Amerika Syarikat dan Eropah dengan harga permulaan $399 (~RM1676).

Sumber: Valve

Baca juga:

  • YouTuber Russia Berjaya Menghasilkan Pedang Cahaya Boleh Retrak Pertama Di Dunia
  • Ericsson Siap Bina Pusat Operasi 5G Di Malaysia Untuk DNB
  • Lenovo Legion Y90 Perlukan 2 Kipas, Adakah Snapdragon 8 Gen 1 Begitu Panas?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress