Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Steam Deck Wide

Valve Melancarkan Steam Deck – Sebuah PC Mudah Alih

Diterbitkan Julai 16, 2021 · Dikemas kini Julai 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Valve baru sahaja memperkenalkan Steam Deck, iaitu sebuah PC mudah alih seperti mana yang kita lihat pada konsol mudah alih – Nintendo Switch.

Steam Deck menjalankan sistem operasi SteamOS dan boleh memainkan semua permainan yang terdapat dalam Steam pemain.

Dari segi rekaannya, macam yang pernah ditawarkan Sony menerusi PS Vita atau Nintendo dengan Switch dimana pada bahagian kiri terdapat d-pad. Sementara pada bahagian kanannya mempunyai butang ABXY.

Steam Deck Layout

Cumanya, analog pada Steam Deck berada pada bahagian atas. Ini kerana di bawahnya terdapat pad sentuh (track pads). Fungsinya mirip penggunaan tetikus pada komputer. Bagi pemain PlayStation, ia lebih kurang yang ada di alat kawalannya itu.

Selain itu, Steam Deck turut hadir gyroscope 6-paksi yang boleh digunakan untuk mengawal pergerakan dalam permainan. Pada bawah track pad tadi, terdapat dua pembesar suara stereo, dwi-mikrofon terbina dan ada 4 butang – View, Menu, Steam dan Quick Access.

Steam Deck 1

Dari segi spesifikasi, ia tampil skrin 7 inci IPS LCD dengan resolusi 1280×800, kecerahan 400 nits dan paparan boleh sentuh. Di dalamnya, ia dijana pemproses AMD berasaskan seni bina Zen 2 dengan 4-teras dan 8 bebenang dimana kelajuan CPU mencapai antara 2.4GHz-3.5GHz. Kuasa grafiknya pula didatangkan dengan seni bina baharu RDNA 2.

Storannya, ia mempunyai pilihan dari 64GB eMMC untuk model standard. Manakala model lebih berkuasa adalah 256GB NVMe SSD dan 512GB NVMe SSD. Sementara kesemua model ini hadir dengan 16GB LPDDR5 RAM.

Steam Deck 2

Menurut IGN, pengguna boleh memadam sistem operasi SteamOS dan memasang Windows. Namun, prestasi yang bakal dinikmati tidak setanding yang asalnya kerana SteamOS telah dioptimakan.

Walau apa pun, Steam Deck ini akan mula dijual pada Disember ini dengan tanda harga bemula USD399 (~RM1676) untuk model standard hinggalah model tertinggi pada harga USD649 (~RM2726).

Sumber: Steam

Baca juga artikel berkaitan:

  • ‘Gamers’ Memilih Cip Intel Berbanding AMD – STEAM
  • Steam Tak Suka Pengguna Guna VPN Untuk Beli Game Murah
  • Jangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY