YouTuber Rusia Berjaya Menghasilkan Pedang Cahaya Boleh Retrak Pertama Di Dunia

Seorang peminat tegar siri filem Star Wars dari Russia bernama Alex Burkan telah memahatkan namanya dalam Rekod Dunia Guinness untuk ciptaannya selepas berjaya menghasilkan pedang cahaya boleh retrak pertama di dunia. Pedang cahaya atau lebih dikenali sebagai Lightsaber merupakan senjata berkuasa dan cukup sinonim dalam filem Star Wars. Ia merupakan senjata berkuasa yang digunakan oleh para Jedi dan antagonis utama dalam filem tersebut.

Alex Burkan yang juga merupakan pemilik akaun YouTube Alex Lab telah berkongsikan dengan pihak Rekod Dunia Guinness dengan pertontonkan bagaimana pedang cahayanya itu dihasilkan dan berfungsi. Pedang cahayanya itu menghasilkan membentuk plasma dengan kepanjangan 1 meter mencapai suhu setinggi 2,800°C.

Malah hampir sama sepertimana keupayaan pedang cahaya dalam file fiksyen tersebut, pedang cahaya Alex juga mampu memotong keluli.



Beliau menyatakan, komponen utama pedang cahayanya itu adalah 'electrolyser' iaitu sebuah alat yang mampu menghasilkan hidrogen dan oksigen dalam jumlah yang besar dan kemudian memampatkan 2 elemen tersebut tanpa memerlukan alat pemampat mekanikal.

Bagi mendapatkan hasil yang dikehendakinya, beliau mencuba sehingga beratus kali sehingga berjaya mendapat bentuk serta kepanjangan yang hampir sama seperti pedang cahaya dalam filem Star Wars.

Walaubagaimanapun, Alex menyatakan pedang cahaya itu adalah prototaip pertama dan masih banyak limitasi jika hendak disamakan dengan pedang cahaya yang ditonjolkan dalam filem fiksyen itu.

Kapsyen: Pedang cahaya Alex Burkan hanya mampu bertahan selama 30 saat sahaja.


Alex merancang untuk menambah baik prototaip pedang tersebut di mana beliau percaya sains akan membantu beliau menghasilkan pedang cahaya yang sama seperti di dalam file Star Wars.

https://youtu.be/RSSAhmmiZjM

Sebenarnya usaha menghasilkan pedang cahaya bukanlah diusahakan oleh Alex Burkan sahaja. Terdapat seorang lagi yang pencipta dari Kanada bernama James Hobson dari Hacksmith Industries.

Hacksmith telah dianugerahkan oleh Rekod Buku Guinness sebagai yang pertama menghasilkan Pedang Cahaya Proto boleh Retrak pertama di dunia.

Perbezaan paling ketara antara pedang cahaya ciptaan Alex Burkan berbanding Hacksmith adalah pedang rekaannya tidak memerlukan sumber kuasa luar.

Sebaliknya, pedang cahaya Hacksmith memerlukan setangki cecair gas propana dan oksigen yang disambungkan kepada pedang cahaya.



https://youtu.be/AymYhmayWz4

Sumber: Guinness World Records