Status WhatsApp Juga Akan Terima Ciri Baharu Seperti Instagram Stories

Beberapa hari lalu, ciri reaksi pada sesebuah buih perbualan sudah mula dilepaskan pada kesemua pengguna seluruh dunia.

Terbaru, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri yang lebih kurang sama namun untuk status WhatsApp pula.

Bezanya, ia akan hadir dengan 8 emoji, bukan 6 seperti sekarang. WhatsApp Status sebenarnya seperti sama seperti Instagram Stories.

Pengguna Stories hari ini sudah boleh memberi reaksi pada Stories dan hal yang sama akan diaplikasikan pada WhatsApp Status pula kelak.



WhatsApp sedang melakukan ujian untuk banyak ciri dan fungsi baharu. Antaranya ialah Companion Mode yang mana 2 peranti boleh menggunakan satu akaun WhatsApp pada masa serentak, pemaparan status dalam halaman Chats dan pengaktifan disappearing messages untuk mana-mana perbualan yang pengguna mahu.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga: