Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp iOS Android

Dua Telefon Tapi Guna Satu Nombor, Mungkin Ini Ciri Baharu WhatsApp Nanti

Diterbitkan April 30, 2022 oleh Amsyar Latif

Tahun lalu, ciri yang dinanti-nanti pengguna WhatsApp telah pun tiba, iaitu sokongan multi-peranti di mana aplikasi permesejan ini boleh digunakan di komputer tanpa sambungan telefon.

Kini, WhatsApp dilihat ingin memperluaskan lagi fungsi tersebut. Menurut WABetaInfo, WhatsApp menguji fungsi aplikasi mereka pada peranti lain melalui versi beta terbaru.

Menerusinya, pengguna boleh menghubungkan akaun utama WhatsApp pada telefon lain atau tablet. Bermakna, anda boleh menggunakan WhatsApp pada dua telefon yang berbeza dengan nombor sama.

Dua Telefon Tapi Guna Satu Nombor, Mungkin Ini Ciri Baharu WhatsApp Nanti

Jika nak dibandingkan ciri multi-peranti sebelum ini, ia terhad untuk aplikasi WhatsApp di komputer atau pelayar web sahaja. Namun selepas ini mungkin tidak lagi.

Cara untuk menggunakan WhatsApp pada telefon pintar kedua atau tablet mudah sahaja, pengguna hanya perlu mengaktifkan fungsi multi-peranti. Kemudian, imbas kod QR.

Walaupun tidak semudah dan sehebat Telegram tetapi sekurang-kurangnya ia boleh dikatakan fungsi yang menarik buat pengguna.

Bagaimanpun, ciri tersebut masih belum diketahui bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • Ini Cara Terpaling Mudah Untuk ‘WhatsApp’ Diri Sendiri

  • Ini Cara Sembunyikan Status “typing…” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp

  • WhatsApp Mungkin Perkenal Pelan Langganan Berbayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY