Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Stadium e-sukan Di Arab Saudi, Ada Skrin Terbesar Di Dunia Serta Kerusi Haptik 4D

Stadium e-sukan Di Arab Saudi, Ada Skrin Terbesar Di Dunia Serta Kerusi Haptik 4D

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Amal Addin

Populous telah meniriskan imej konsep baharu untuk stadium e-sukan tercanggih di Qiddiya, Arab Saudi. Stadium ini mempunyai gabungan skrin layar terbesar di dunia serta kerusi Haptik 4D.

Stadium ini mempunyai 5,155 tempat yang bakal memberikan pengalaman yang mengujakan kepada penonton. Selain itu, pemandangan dari auditorium utama juga sungguh mengasyikkan.

Stadium e-sukan Di Arab Saudi, Ada Skrin Terbesar Di Dunia Serta Kerusi Haptik 4D

Alat reka bentuk parametrik telah digunakan untuk memperhalusi lokasi skrin dengan ‘chandelier digital’ yang inovatif diletakkan di tengah arena. Kemudahan ini direka untuk memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk berada seolah-olah di dunia fantasi.

Berkaitan

  • Mana Yang Betul? esukan, E-sukan Atau e-sukan? Ini Jawapannya
  • Kerajaan Terus Memperkasakan E-Sukan Dengan Pelancaran NESDEG
  • e-Sukan Mudah Terdedah Kepada Rasuah - Azam Baki
  • MESF Sedia Beri Kerjasama Berhubung Isu Rasuah e-Sukan
  • Pemandangan Dari Tempat Duduk SNBJ Kini Lebih Mudah Diketahui, Cari Sahaja Di Sini

Terdapat juga kemudahan lain seperti ruang permainan arked, food souk dan zon hiburan yang mengujakan. Shireen Hamdan, pengetua kanan dan pengurus besar Populous berkata, stadium tersebut bakal menjadi arena e-sukan tercanggih yang akan menjadi tumpuan hab permainan global.

Rakyat Arab Saudi minat e-sukan?

Penyelidikan yang dijalankan oleh Populous dan YouGov pada 2022 mendedahkan bahawa sehingga 29% penduduk Arab Saudi berminat dengan e-sukan.

Dengan adanya arena e-sukan seluas 500,000 meter persegi di Qiddiya, maka ia akan memberi kemudahan kepada rakyat negara tersebut untuk menceburi bidang e-sukan dengan lebih meluas.

Dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 73,000, mereka menyasarkan untuk menarik sehingga 10 juta kunjungan pada setiap tahun.

Sumber: Blooloop, Populous

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY