Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemandangan Dari Tempat Duduk SNBJ Kini Lebih Mudah Diketahui, Cari Sahaja Di Sini

Pemandangan Dari Tempat Duduk SNBJ Kini Lebih Mudah Diketahui, Cari Sahaja Di Sini

Diterbitkan Disember 1, 2023 oleh Amal Addin

Melalui perkongsian Afrie Irham di laman X miliknya, dia kini telah membangunkan sebuah laman sesawang khas untuk mereka yang suka pergi ke Stadium Nasional Bukit Jalil sama ada untuk konsert atau perlawanan bola sepak secara langsung.

Projek ini diinspirasikan daripada Peter Askew. Projek ini persis projek yang dibina oleh Afrie Irham yang mana dia telah membina sebuah laman sesawang untuk mengetahui bagaimanakah pemandangan dari tempat duduk yang berada di Stadium Vaught-Hemingway.

Pemandangan Dari Tempat Duduk SNBJ Kini Lebih Mudah Diketahui, Cari Sahaja Di Sini

Stadium ini merupakan stadium khas ‘Football America’ yang berada di Oxford, MS, AS. Namun, laman sesawang yang dibina oleh Afrie Irham tidaklah terperinci yang boleh menampakkan semua bahagian di SNBJ.

Hal ini kerana, ini bukanlah projek rasmi Stadium Nasional Bukit Jalil dan merupakan projek sumber terbuka sahaja. Beliau berharap agar usaha yang dilakukannya serba sedikit dapat membuka mata dan menarik minat pihak perbadanan stadium untuk menjadikan projek ini sebagai projek rasmi.

Jadi, bagaimanakah gambar pemandangan dari tempat duduk diambil? Afrie turut berkongsikan bahawa gambar ini diambil ketika perlawanan Malaysia vs Kyrgystan.

Pemandangan Dari Tempat Duduk SNBJ Kini Lebih Mudah Diketahui, Cari Sahaja Di Sini

Pada masa tersebut, dia masuk sedikit awal dan bergerak secara sendirian tanpa perancangan yang strategik. Beliau mengambil gambar daripada pintu masuk sahaja. Beliau tidak sempat untuk pergi ke aras satu kerana masa itu perlawanan sudah hendak bermula.

Beliau menyediakan platform ini untuk memudahkan mereka yang ingin membeli tiket tetapi tidak tahu tentang gambaran sebenar pemandangan dari tempat duduk stadium. Jadi, tidak perlulah bersusah-payah nak cari dekat tiktok kan?

Beliau akan cuba menambah baik platform ini dan ingin memasukkan keseluruhan bahagian stadium. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh pergi ke laman sesawang Bukit Jalil Stadium.

Berkaitan

  • Cara Mengakses laman sesawang Dengan Lebih Laju dan Lancar Pada PC
  • Inilah Rupa Laman Sesawang Pertama Di Dunia, "World Wide Web"
  • Cara Menyimpan Laman Sesawang atau Mesej Gmail Sebagai "PDF" Pada iPhone
  • Hati-Hati Dengan Laman Sesawang "Tabung Haji"
  • Selangor FC Mahu Bangunkan Aplikasi, Mudahkan Beli Makanan Dalam Stadium

Sumber: X Afrie Irham

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY