Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
model y

Kadar fi LKM ZEV Bagi BYD Dolphin Premium Standard Akan Jadi RM120, Tesla Model Y Pula RM305 Sahaja

Diterbitkan Jun 4, 2024 · Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh ariff bukhari

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini telah mengumumkan bahawa kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan bebas emisi (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik dan akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

“Kadar fi LKM baharu yang ditetapkan ini hanya terpakai kepada ZEV dalam kategori PBEV (kenderaan elektrik bateri) dan FCEV (kenderaan elektrik sel bahan bakar),” Anthony Loke, Menteri Pengangkutan.

Kadar fi ini akan meningkat selaras dengan kenaikan kuasa motor elektrik. Peningkatan kuasa motor elektrik akan mewakili peningkatan dalam harga belian, saiz, segmen dan berat kenderaan.

Kadar blok itu ditetapkan pada julat kuasa motor 100,000 watt.

Memberikan contoh, menteri itu berkata, blok satu adalah untuk ZEV yang mempunyai kuasa motor elektrik daripada satu watt hingga 100,000 watt.

Blok dua pula antara 100,001 watt dan 210,000 watt. Beliau berkata, kadar fi minima LKM bagi blok satu ialah RM20 manakala kadar maksima pula RM70.

Sementara bagi blok tiga, kadar fi minima ialah RM305 dan kadar fi maksima RM575.

Sebagai perbandingan kadar fi LKM ZEV sebelum dan selepas pindaan, beliau berkata, bagi kenderaan BYD Dolphin Premium Standard Range yang berkapasiti 130 kilowatt (kW) akan hanya dikenakan fi sebanyak RM120 berbanding fi sedia ada iaitu RM624.

BYD DOLPHIN

Manakala bagi Tesla Model Y yang berkapasiti 220kW pula ialah RM305 berbanding fi sedia ada iaitu RM2,583.

Kadar fi baharu itu sekaligus adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada yang bertujuan menggalakkan rakyat beralih kepada penggunaan kenderaan ZEV.

Kadar fi LKM bagi segmen kenderaan ZEV akan diwartakan dalam masa terdekat untuk memudahkan pembeli membuat rujukan.

{suggest}

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Sasaran 10,000 Stesen Pengecas EV Beroperasi Menjelang 2025 Akan Diteliti Semula
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • 5 'Dashcam' Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY