Bila bercakap tentang telefon boleh lipat, pasti yang terlintas dalam fikiran adalah peranti fold atau flip daripada Samsung. Memandangkan populariti telefon tersebut meningkat naik, beberapa jenama besar mula mahu menawarkannya juga.
Terdahulu, terdapat ura-ura mendakwa Google bakal melancarkan telefon boleh lipat pertama mereka yang mungkin dinamakan sebagai Pixel Fold.
Kini, Letsgodigital menemui paten yang difailkan Google untuk peranti boleh lipat mereka. Telefon dengan kod nama ‘Pasport’ ini dilihat mirip dengan rekaan Samsung Galaxy Z Fold3 dan hadir dengan skrin 7.6 inci.
Selain itu, di dalamnya turut akan dilengkapi paparan LTPO OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Sementara bahagian belakang, rupanya sama seperti Pixel 6 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Walau apa pun, belum pasti adakah ‘Pixel Fold’ ini akan diumumkan semasa pelancaran Pixel 6 atau bakal diperkenalkan tahun hadapan.
Namun, Android 12.1 yang diperlihat sebelum ini memberikan kita bayangan bahawa Google sudah bersedia untuk melancarkan telefon boleh lipat pertama mereka.
Sumber: Letsgodigital
Baca juga: