Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android 12.1

Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Diterbitkan September 28, 2021 · Dikemas kini September 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Android 12 dijangka tiba dalam masa terdekat yang mana ia merupakan kemas kini terbesar dalam Android. Terbaru, XDA berkongsikan rupa awal Android 12.1.

Melaluinya, ia nampaknya memberi peningkatan lebih baik khusus untuk telefon boleh lipat. Tidak pelik jika Google berbuat demikian memandangkan peranti ini semakin rancak pada tahun 2021.

Malah, menguatkan lagi laporan mengatakan telefon lipat pertama Google Pixel Fold akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Antara penambahbaikan Android 12.1 adalah seperti dual pane notifications panel, taskbar, split-screen baharu dengan UI aplikasi terkini (recent apps), warna dinamik, boot animation serta hias latar (wallpaper) baharu.

Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat
Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Fungsi  terbesar dalam Android 12.1 semestinya navigasi dua panel dan split-screen. Dengan ini, ia turut memberikan Lockscreen split serta tetapan pantas.

Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat
Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Lanjutan daripadanya, penggunaan navigasi dan multitugasan juga kelihatan lebih mudah. Selain itu, pada Taskbar pula membenarkan sehingga 5 aplikasi diletakkan agar mudah untuk melancarkan aplikasi.

Walaupun begitu Android 12.1 ini masih lagi baru dan Google juga belum mengumumkannya lagi. Dijangka lebih banyak fungsi baharu yang akan ditawarkan nanti apabila dilancarkan kelak.

Bagaimanapun, ini merupakan sesuatu yang baik dan membuatkan hala tuju peranti boleh lipat pada masa hadapan adalah relevan.

Sumber: XDA

Baca juga:

  • Prototaip Pixel 6 Pro Didedahkan, Mungkin Dilancar Pada 19 Oktober
  • Avast Temui Beribu Aplikasi Di Dalam Google Play Store Berisiko Membocorkan Data Sulit Pengguna Peranti Android
  • Mudah, Ini Cara Buka Akaun ASB Guna Telefon Pintar Sahaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY