Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel 6

Mungkin Ini Harga Jualan Telefon Google Pixel 6

Diterbitkan Oktober 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam, kita sudah mengetahui bahawa Google bakal mengadakan acara pelancaran telefon pintar terbaru mereka siri Pixel 6 pada awal pagi 20 Oktober ini.

Terbaru, seorang pengguna reddit mendedahkan peranti Pixel 6 dijual pada tanda harga bermula €649 (~RM3134) menerusi risalah promosi daripada pengedar di Jerman.

Pixel 6 price

Melaluinya lagi, pra-tempahan telefon tersebut bermula 19 Oktober sehingga 27 Oktober. Bermakna, 28 Oktober adalah tarikh rasmi jualan siri Pixel 6.

Bagi peranti lebih berkuasa Pixel 6 Pro, tiada maklumat berkaitannya tetapi ia mungkin dijual dengan harga bermula €899 (~RM4342). Dikatakan model ini bakal tampil dengan 12GB RAM, storan sehingga 512GB, bateri 5000mAh serta kamera telefoto 48MP.

Pun begitu, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Google dalam dua minggu lagi untuk mengetahui adakah laporan ini benar. Namun, sekurang-kurangnya peminat sudah dapat gambaran awal bagaimana harganya nanti.

Sumber: phonearena

Baca juga:

  • Semua Pengguna YouTube Music Akan Dapat Satu Ciri Premium

  • Mungkin Ini Rupa Bentuk Telefon Boleh Lipat Pixel Fold

  • Android 12.1 – Peningkatan Untuk Telefon Boleh Lipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY