Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11

Xiaomi Perkenal Laptop Baharu, Lengkap Dengan Skrin OLED Dan Cip Intel Generasi Ke-11

Diterbitkan Jun 30, 2021 · Dikemas kini Jun 30, 2021 oleh Wiser MY

Xiaomi baru sahaja melancarkan siri komputer riba baru Mi Notebook Pro X 15 di pasaran China. Seakan siri Mi Notebook 14 Horizon Edition dengan bezel yang nipis, komputer riba terbaru ini hadir dengan spesifikasi flagship.

Screenshot 2021-06-30 152924

Mi Notebook Pro X menampilkan skrin 15.6-inci dengan paparan OLED beresolusi 3,456 x 2,160 dan sokongan kadar penyegaran 60Hz.

Bahagian dalaman pula dikuasa grafik Nvidia RTX-3050Ti, sistem penyejukan dwi, heatsink tembaga besar, serta dua pilihan cip, memori, dan storan.

  • Intel Core i7-11370H 4.8GHz 32GB/1TB – 9,999 yuan (~RM6,429)
  • Intel Core i5-11300H 4.4GHz 16GB/512GB – 7,999 yuan (~RM5,143)

Screenshot 2021-06-30 193756

Selain itu, komputer riba ini dimuat bateri 80Wh dengan pengecasan USB-C 130W, WiFi 6, pembesar suara Harman Kardon, dan lain-lain.

Namun, setakat ini Mi Notebook Pro X hanya boleh di pra-tempah di pasaran China sahaja.

Sumber: weibo

Baca juga – Telefon ‘Flagship’ Xiaomi Baharu Mungkin Tampil Kamera 200MP

Baca juga – Masih Ramai Guna Telefon Xiaomi Yang Berusia 9 Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY