Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceX Elon Musk

SpaceX Dah Dapat Kebenaran Untuk Hantar Manusia Ke Marikh

Diterbitkan Jun 14, 2022 oleh Firdaus

SpaceX secara rasminya telah mendapat kebenaran daripada FAA (Federal Aviation Administration) untuk melancarkan roket gergasi Starship ke Planet Marikh. Keputusan permohonan SpaceX itu telah diberikan Isnin semalam, 13 Jun.

FAA menyatakan pelancaran roket Starship daripada SpaceX milik Elon Musk itu tidak mendatangkan sebarang ancaman besar di kawasan sekitar Brownsville, Texas.

Walau bagaimanapun, terdapat 75 perkara yang perlu diselesaikan SpaceX untuk mengurangkan lagi impak ekologi dan persekitaran semasa pelancaran Starship.

Di samping itu, roket Starship daripada SpaceX ini akan menjadi tunjang kepada Projek Artemis NASA yang menyasarkan penempatan manusia di Marikh kelak.

SpaceX telah membangunkan roket Starship selama bertahun-tahun dan mempunyai sistem pelancaran roket paling berkuasa yang pernah dibina sebelum ini.

Tambahan lagi, Starship mempunyai saiz yang besar dek kerana sistem pelancarannya dan tingginya mengalahkan mercu tanda Statue of Liberty.

Walau bagaimanapun, roket Starship ini sama seperti roket SpaceX yang lain di mana ia boleh digunakan semula. Oleh itu, ini dapat menyelamatkan ratusan juta duit SpaceX dan duit pembayar cukai rakyat AS.

Kelak, Elon Musk akan melancarkan roket Starship ini dari Boca Chica, Texas yang sebelum ini menjadi kawasan pengujian bagi roket tersebut.

Sumber: interesting engineering

Baca juga:

  • Lautan Dunia Semakin Tenat, Ikan-Ikan Bersaiz Besar Semakin Kurang
  • Google Rehatkan Jurutera Selepas Beritahu AI Mereka Ada Perasaan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Thirdhand Smoke’, Tak Dapat Asap Tapi Diancam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
©2026 WISER.MY