Kajian terbaharu daripada University of California, Riverside menemui bahawa pendedahan kulit terhadap sisa nikotin mampu beri kesan membahayakan kulit.
Sebelum ini, kita sedia maklum tentang istilah secondhand smoke atau perokok tegar.
Thirdhand smoke pula merujuk pada sisa ditinggalkan bahan nikotin seperti rokok terhadap satu-satu ruang/benda selepas usai aktiviti merokok.
Macam kita tahu, satu-satu ruang/benda seperti bilik, perabot, baju, tandas akan masih berbau asap rokok walaupun sudah tiada yang merokok dan mengambil masa lama untuk hilangkannya. Inilah dipanggil thirdhand smoke.
Sisa-sisa nikotin dan bahan seumpamanya ini akan ‘terlekat’ pada dinding contohnya lalu disentuh dan dihidu oleh orang lain. Sisa ini pula boleh bertindak balas dengan bahan lain lalu boleh mencipta persekitaran yang toksik. Inilah yang berbahaya.
Giovanna Pozuelos, salah seorang penyelidik berkata, “Kami dapati sentuhan kulit dengan nikotin boleh menjejaskan penyembuhan luka, meningkatkan kecenderungan terhadap jangkitan kulit akibat penurunan tindak balas imun, dan menyebabkan tekanan oksidatif dalam sel kulit.”
Kata Pozuelos lagi, situasi ini akan bertambah bahaya bagi mereka yang mempunyai penyakit kulit seperti ulser yang berkaitan dengan diabetes atau ulser arteri.
Namun, jika anda hanya terdedah dalam masa singkat, ia tidak akan meninggalkan kesan kekal. Kenapa pula? Ini disebabkan kulit kita yang sentiasa ‘bertukar ganti’.
Senang kata, seandainya kita tersentuh pada sisa nikotin seperti daripada rokok atau cecair nikotin daripada rokok elektronik, ia sememangnya meninggalkan kesan terhadap kulit.
Situasi thirdhand smoke ini bagaimanapun akan beri kesan kronik pada mereka yang sentiasa dalam persekitaran tersebut seperti hari-hari berada dalam tempat yang sentiasa ada asap rokok. Contohnya, isi rumah yang ada perokok, kasino dan sebagainya.
Pozuelos mengesyorkan mereka yang terdedah dengan situasi ini sentiasa meminimumkan sentuhan terhadap bahan nikotin dan rokok dengan menggunakan kelengkapan sepatutnya.
Sumber: University of California, Atmosphere
Baca juga: