Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lautan Dunia Semakin Tenat, Ikan-Ikan Bersaiz Besar Semakin Kurang

Posted on Jun 14, 2022Jun 14, 2022

Bersempena dengan sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8hb Jun setiap tahun, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan program WOW2022@UMT.

Program itu yang sudah pun bermula pada 6 Jun lalu akan berahir pada 16 Jun ini.

Sepanjang program itu,  pelbagai aktiviti diadakan kepada para pengunjung untuk menghayati peranan dan kepentingan laut dalam kehidupan.

Kredit: Institut Oseanografi dan Sekitaran

Lautan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan minimum 50% oksigen Bumi.

Ia menjadi habitat semula jadi dengan kebanyakkannya menjadi sumber biodiversiti Bumi.

Malah laut juga menjadi penyumbang utama sumber protein kepada penduduk di seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, manusia telah memudaratkan lautan, sekaligus menjadikannya semakin tenat.

Menurut Ketua Pusat Tadbir Urus Lautan Institut Oseanografi & Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Wan Izatul Asma Wan Talaat, manusia telah mengeksploitasi lebih daripada kapasiti yang lautan mampu isikannya semula.

Akibatnya, populasi ikan-ikan bersaiz besar telah merosot sehingga 90%.

Kepesatan pembangunan dan isu pemanasan global sehingga berlakunya perubahan iklim mendakdak juga memberi kesan buruk kepada lautan sehingga memusnahkan 50% terumbu karang di dalam lautan.

Oleh itu, masyarakat seluruh dunia digesa supaya bersama-sama memulihara lautan dengan tidak mencemarkannya, menjimatkan penggunaan air dan melaksanakan sistem penangkapan ikan secara bertanggungjawab.

Ini kerana, lautan adalah nadi kehidupan dan menjadi salah satu daripada sumber utama ekonomi dunia di mana dianggarkan sekitar 40 juta individu menjelang tahun 2030 nanti akan bergantung hidup kepada industri berasaskan sumber laut.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Saintis Berjaya Tumbuhkan Sel-Sel Pada Badan Robot
  • Penyelidik UKM Temui Bahawa Ulam Ini Dapat Atasi Masalah Nyanyuk
  • Penyelidik Beritahu Apple Bahawa iPhone Terdedah Pada Ancaman Walau Dimatikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress