Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Soundcore Melancarkan Siri Fon Telinga Terbuka Pertamanya, Harga Dari RM299

Soundcore Melancarkan Siri Fon Telinga Terbuka Pertamanya, Harga Dari RM299

Diterbitkan Mac 1, 2024 oleh ariff bukhari

Melihatkan kepada peningkatan minat pengguna terhadap fon telinga terbuka, jenama audio premium Anker Innovations, Soundcore memperkenalkan tiga pasang fon telinga terbuka pertamanya dengan siri AeroFit dan V30i.

Barisan AeroFit telah diuji lebih daripada 5,000 kali lenturan dan diperakui oleh SGS (syarikat ujian, pemeriksaan dan pensijilan terkemuka) untuk ketahanan.

Bagi pengguna yang mahukan lebih keselamatan pula, fon telinga AeroFit Pro akan didatangkan dengan tali yang boleh dilepaskan dan boleh laras.

Aerofit Pro
Aerofit Pro tersedia ciri penyahkodan LDAC, menyediakan pengguna dengan pengalaman audio yang kaya dan terperinci serta Audio Spatial 360, yang membolehkan bunyi mengikuti pergerakan kepala pengguna,.

AeroFit menawarkan reka bentuk ringan untuk senario yang memerlukan penggunaan yang lebih lama.

Manakala V30i menyediakan pengguna dengan pengalaman yang ringan dan dilengkapi dengan cangkuk fleksibel dengan bahan lembut yang selesa.

Soundcore Melancarkan Siri Fon Telinga Terbuka Pertamanya, Harga Dari RM299
Aerofit dilengkapi pemacu bersaiz 14mm.
Aerofit Pro
Aerofit Pro dilengkapi pemacu bersaiz 16.2 mm.
Soundcore Melancarkan Siri Fon Telinga Terbuka Pertamanya, Harga Dari RM299
Soundcore VF30i dilengkapi pemacu 14.2mm.

AeroFit dan AeroFit Pro menawarkan hayat bateri terkemuka bagi kategori fon telinga terbuka dengan masing-masingh mampu bertahan selama 11 dan 14 jam masa bermain.

Sementara V30i dilengkapi dengan masa bermain 12 jam. Teknologi pengecasan pantasnya juga akan memberikan pengguna 3 jam masa bermain dengan hanya 10 minit pengecasan.

Soundcore – local prices

Aerofit Pro, Aerofit dan V30i boleh didapati untuk pra-tempahan bermula 3 Mac di kedai rasmi Anker di Lazada, Soundcore oleh kedai rasmi Anker Shopee dan kedai TikTok.

Beli barisan produk Anker di:

Shopee: https://invl.io/clkst6h

Lazada: https://invol.co/clkst65

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Dell Lancar Set Kepala Wayarles Dengan ANC Dikuasakan AI
  • Siri realme 12 5G Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM1499
  • OPPO Watch X Dilancarkan Pada Harga RM1,399

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY