Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-29T100814.040

Dell Lancar Set Kepala Wayarles Dengan ANC Dikuasakan AI

Diterbitkan Februari 29, 2024 oleh Muhd Idham

Selain membariskan komputer riba dan set komputer meja baharu, Dell Technologies turut melancarkan set kepala wayarles baharu, Dell Premier Wireless ANC Headset – WL7024 yang berasaskan teknologi kecerdasan buatan.

Screenshot 2024-02-29 102130

Teknologi kecerdasan buatan yang diterapkan mampu mengurangkan bunyi audio di persekitaran pengguna seperti perbualan manusia dan lain-lain bunyi secara dinamik.

Penyambungannya dengan peranti PC ataupun komputer riba juga boleh dipercepatkan dengan aplikasi Dell Pair.

Set kepala ini juga dilengkapi dengan bicu audio (3.5mm), USB-C serta beberapa butang untuk kegunaan Bluetooth 5.3, ANC, Microsoft Teams dan mikrofon.

Screenshot 2024-02-29 102100

Jangka hayat baterinya yang berkapasiti 750mAh mampu bertahan sehingga 26 jam untuk penggunaan bercakap dan 60 jam untuk penggunaan mendengar dalam mod ANC dengan jarak terhad 30 meter.

Set kepala wayarles ini akan tersedia secara pakej dengan sarung kusyen telinga dan penerima audio wayarles.

Screenshot 2024-02-29 095959
Screenshot 2024-02-29 100019

 

 

Dell Premier Wireless ANC Headset (WL7024) akan berada di pasaran pada April 2024. Walaub agaimanapun, harga jualannya tidak didedahkan.

Berkaitan

  • Dell Lancar Barisan 'Laptop' AI Baharu, Akan Tersedia Pada Mac 2024
  • Pengguna Shopee Kelak Boleh 'Return' Barang Jika Ubah Fikiran
  • Muslim Pro Perkenal Ciri Baru Dan Kini Dikuasakan AI
  • PADU Nafi Dakwaan Pangkalan Data Digodam

Sumber: Siaran Media Dell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY