Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony Xperia VI

Cepat Beli XPERIA 1 VI Dan Dapat Percuma Fon Kepala Premium Sony WH-1000XM5 Berharga RM1,799

Diterbitkan Julai 10, 2024 · Dikemas kini Julai 11, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada peminat telefon pintar Sony kerana model XPERIA 1 VI akhirnya tiba di Malaysia.

Sony XPERIA 1 VI  dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen3 Mobile Platform yang dipadankan bersama RAM 12GB dan storan 256GB.

Paparan pula menggunakan Corning Gorilla Glass Victus 2 dengan kadar segar 120Hz, dan bahagian belakang pula menggunakan Corning Gorilla Glass Victus.

Tetapan kamera utama pula dilengkapi dengan kamera 52MP yang menggunakan lensa ZEISS. Manakala kamera 12MP di bahagian hadapan.

sony Xperia VI 2

Tetapi, apa yang menjadikan lebih menarik adalah, Sony sedang mengadakan promosi kepada pembeli terawal XPERIA 1 VI dengan menawarkan fon kepala premium WH-1000XM5 yang berharga RM1,799 secara percuma berserta dengan aksesori yang lain.

Bagi anda yang tidak tahu, Sony WH-1000XM5 adalah antara fon kepala premium terbaik yang ada di pasaran ketika ini dengan menerima ulasan yang sangat positif daripada penggunanya yang memuji kelebihan ciri pembatan hingar, kualiti audio yang terbaik, keselesaan dan rekaan yang bergaya.

Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik ini memiliki telefon pintar terbaru Sony bersama aksesori premiumnya yang lain secara percuma kerana promosi ini sudah pun bermula sehingga 10 Ogos 2024 hadapan.

Cepat Beli XPERIA 1 VI Dan Dapat Percuma Fon Kepala Premium Sony WH-1000XM5 Berharga RM1,799
Cepat Beli XPERIA 1 VI Dan Dapat Percuma Fon Kepala Premium Sony WH-1000XM5 Berharga RM1,799

Sony XPERIA 1 VI ditawarkan pada harga RM6,499, hadir dalam 2 pilihan warna iaitu Khaki Green dan hitam untuk pasaran tempatan.

Ketahui lebih lanjut tentang promosi dan spesifikasi Sony XPERIA 1 VI dengan layari Sony Store Online Malaysia | [EARLY BIRD PROMO] Xperia 1 VI | New Telephoto lens | 2 days battery l.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Samsung Galaxy Z Fold6, Z Flip6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM4,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY