Meskipun begitu, beberapa minggu yang lalu, Sony Xperia 1 dikatakan telah dikesan pada pangkalan data SIRIM memberi gambaran ia sudah bersedia untuk dipasarkan dalam negara.
Bermula esok, 25 Ogos sehingga 6 Oktober hadapan, Sony Xperia 1 boleh dibeli secara pra-tempah pada tanda harga RM4299. Disamping itu, bakal pembeli juga akan menerima fon telinga Sony WH-1000XM3 bernilai RM1599 secara percuma.
Menurut Lowyat.net, pra-tempah boleh dibuat melalui kedai dalam talian Sony serta pusat jualan rasmi Sony dengan pembelian hanya terhad kepada 1 unit untuk setiap pembeli.
Dari segi spesifikasi, peranti dilengkapi dengan skrin paparan 6.5 inci OLED 4K, Snapdragon 855, RAM 6GB, storan 128GB beserta sokongan kad MikroSD 512GB. Tiga kamera belakang terdiri daripada tiga lensa 12MP; 26mm untuk lensa utama, 16mm wide-eye dan 52mm untuk telefoto disertakan dengan penstabilan hybrid OIS/EIS sementara bahagian hadapan menggunakan lensa 8MP.
Dijana dengan bateri 3300mAh, pengecasan Xperia Adaptive Charging disalurkan melalui port pengecasan USB-C.
Berkaitan
- Black Shark 2 Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM2499
- Cara Semak Aplikasi 32 Bit Yang Tidak Boleh Digunakan Pada iOS 11
- Asus Zenfone Max Shot Dan Zenfone Max Plus M2 Tampil Dengan Cip Snapdragon SiP 1
- Isu Tipu Ujian Tanda Aras, Honor Malaysia Keluarkan Kenyataan
- Pasukan PES 2018 Malaysia Rangkul Tempat Keempat Di Sukan Asia
- Samsung Malaysia Kini Mempunyai Gedung Dalam Talian Rasmi
- Binance Diarah Tutup Akses Di Malaysia, Jalankan Operasi Pelaburan Tidak Sah
- Siri OPPO Reno2 Rasmi Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1599
- iPhone SE 2 Berkemungkinan Dijual Sekitar ~RM1671
- Rakyat Malaysia Pengguna Tertinggi Instagram Di Asia Pasifik