Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony

Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony

Diterbitkan Mei 22, 2019 · Dikemas kini Mei 23, 2019 oleh ariff bukhari

Sony berkemungkinan tidak lagi akan membawa masuk model telefon pintar mereka ke Malaysia.

Sony dalam perancangan korporat mereka mendedahkan, Malaysia tidak lagi termasuk dalam fokus utama pasaran telefon pintar mereka.

Ia merujuk kepada peta pembentangan perancangan perniagaan yang didedahkan oleh laman XperiaBlog.

Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony

Daripada peta di atas dapat dilihat, bukan hanya Malaysia tetapi hampir sebahagian besar negara di dunia ini tidak lagi menjadi atau telah ditarik keluar sepenuhnya jualan telefon pintar Sony dari negara-negara tersebut.

Ini termasuklah India, Australia, Canada, Amerika Selatan, Mexico, Afrika dan lain-lain. Malah kilang mereka di China juga sudah diberhentikan operasinya.

Kini Sony hanya memfokuskan negara Jepun, Eropah, Taiwan dan Hong Kong sahaja untuk memasarkan telefon pintar mereka.

Sony ketika ini dilihat cuba untuk memulihkan kewangan mereka dengan melakukan penstrukturan semula pasaran produk mereka. Mereka mensasarkan memperoleh keuntungan menerusi perniagaan telefon pintar Sony pada tahun 2020 nanti.

Untuk mencapai sasaran tersebut, Sony telah memotong perbelanjaan keseluruhan mereka sehingga 57% untuk tahun 2020 nanti.

Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony
XPERIA 1 sudah mula memasuki pasaran Eropah sejak 16 Mei lalu. Kredit imej: Sony

Jadi, ini mungkin bermakna, model telefon pintar premium terbaru Sony seperti XPeria 1 dan lain-lain tidak lagi akan memasuki pasaran Malaysia pada masa ini.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY