Sony WF-1000XM4 Kini Bawah RM1000

Sony merupakan salah satu jenama besar dunia terutamanya dalam menghasilkan fon telinga (earphone) yang berkualiti dan premium. Selepas pelancaran fon kepala (headphone)  baharu Sony- WH-1000XM5 pada Mei lepas, banyak produk audio Sony yang terdahulu mencatatkan penurunan harga.

Fon telinga Sony WF-1000XM4 adalah salah satu produk yang "terkesan" dengan penurunan harga ini. Ketika ini, Sony telah memberikan potongan hanya sebanyak 26% di kedai rasmi Shopee mereka.



Oleh itu, harga terkini jualan fon telinga tersebut adalah RM818 sahaja berbanding harga asal sebanyak RM1,099. Terdapat banyak fon telinga yang berada di pasaran tetapi Sony WF-1000XM4 merupakan yang terbaik jika tidak pun, salah satu TWS yang terbaik boleh didapati buat masa sekarang.

Fon telinga ini mempunyai prestasi audio yang cemerlang dan berkualiti selain ciri ANC (active noise cancellation) antara yang terunggul dalam kelasnya.

Ketika ini, hanya 23 unit dan warna perak sahaja yang masih tersisa ketika artikel ini ditulis. Anda boleh melakukan pembelian fon telinga Sony WF-1000XM4 melalui pautan di bawah:

Shopee - https://invol.co/clb3qco

**harga yang dinyatakan adalah ketika artikel ini ditulis dan sebarang perubahan harga pada produk ini boleh berlaku.

Baca juga:









Berkaitan