Fon kepala (headphone) andalan daripada Sony yang ditunggu-tunggu, Sony WH-1000XM5 telah dilancarkan dan dijual pada tanda harga RM1,799 untuk pasaran Malaysia.
Berdasarkan ura-ura yang hadir pada April lepas, rekaan XM5 boleh dikatakan tidak jauh bezanya dengan abangnya, XM4. Sony hanya melakukan perubahan kecil sahaja kepada rekaan XM5.

Sony WH-1000XM5 menampilkan ciri-ciri baharu seperti:
- Anda menghubungkan 2 peranti pada satu masa.
- Kod suara LDAC and DSEE Extreme yang lebih baik
- Bass yang lebih berkuasa dan seimbang
- Kualiti audio yang dipertingkatkan daripada XM4
- Peningkatan jangka hayat bateri sekitar 2 jam berbanding XM4 untuk mod biasa dan mod ANC
Walau bagaimanapun, jika anda merasakan harga RM1,799 ini terlalu mahal untuk anda miliki, anda boleh mempertimbangkan abangnya Sony WH-1000XM4.

Sony XM4 telah turun harga jualannya di bawah RM1,000 dan jauh lebih murah daripada harga ketika ia mula dilancarkan dulu.
Tambahan lagi, kualiti audionya masih berbaloi lagi untuk dimiliki walaupun pada tahun 2022 dan tahun-tahun mendatang. Anda boleh membeli Sony XM4 dan Sony XM5 melalui pautan di bawah:
Beli Sony WH-1000XM4 di – https://invol.co/clarioc
Beli Sony WH-1000XM5 di – https://invol.co/claripg
Sumber: sony
Baca juga: