Sony Umum PlayStation 5 Tidak Akan Dilancarkan Dalam Tempoh 12 Bulan Mendatang

Sedikit demi sedikit informasi berkenaan konsol PlayStation 5 telah didedahkan oleh pihak Sony dalam tempoh beberapa minggu lepas, seolah-olah memberi petanda bahawa ia bakal dilancarkan dalam beberapa bulan mendatang atau awal tahun hadapan.

Malangnya, ia tidak akan berlaku. Ini kerana pihak Sony dilaporkan telah mengesahkan bahawa generasi kelima konsol permainan video mereka itu tidak akan dilancarkan dalam tempoh 12 bulan mendatang.

Kapsyen: Polygon


Ini bermakna kita hanya akan dapat melihat PlayStation 5 seawal-awalnya pada pertengahan tahun hadapan. Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa konsol ini akan diperkenalkan pada tahun 2021.

https://twitter.com/mochi_wsj/status/1121687268123529216

Akan tetapi, kami berpendapat bahawa E3 2020 mungkin menjadi platform terbaik untuk Sony mengumumkan konsol terbaru mereka itu. E3 telah diadakan pada bulan Jun pada setiap tahun, dan tiada sebab untuk mereka mengubahnya ada tahun hadapan.

Bagaimanapun, persidangan E3 pada tahun ini tidak akan disertai oleh Sony dan perkara itu mungkin akan berterusan sehingga penganjuran yang berikutnya.

Apa-apa pun, kita tunggu perkembangan lanjut mengenai PlayStation 5 daripada pihak Sony di masa akan datang.

 

Sumber: Slashgear

Berkaitan