Sony Tunda Acara Khas PlayStation 5 Yang Sepatutnya Berlangsung 4 Jun Ini

Sony telah menjadualkan sebuah acara khas pada 4 Jun bagi memperlihatkan judul-judul permainan yang akan ditawarkan pada PlayStation 5.

sony playstation 5

Cuma berbaki dua hari sahaja lagi, ia akhirnya ditunda sebagaimana yang diciap oleh akaun Twitter rasmi PlayStation. Menurut ciapan tersebut, Sony faham bahawa semua peminat teruja dengan acara itu.


Namun begitu, mereka merasakan ia bukanlah masa yang sesuai kerana mahu semua memberi perhatian pada perkara yang lebih penting. Perkara ini dilihat merujuk kepada apa yang sedang terjadi di Amerika Syarikat dimana protes besar-besaran lanjutan daripada kematian George Floyd.

Walaubagaimanapun, Sony tidak menyatakan sebarang tarikh baharu untuk acara tersebut dilangsungkan.