Sony Pikachu Tampil Di GFXBench Bersama Kamera 21MP dan RAM 3GB

Telefon pintar baru dari Sony telah dikesan di GFXBench. Ianya digelar Pikachu. Model terbaru dari Sony ini dikuasakan oleh MediaTek MT6757 Helio P20 SoC dengan pemproses 2.3GHz lapan teras bersama paparan HD penuh berukuran 5 inci.

RAM peranti ini pula bersaiz 3GB, manakala memori dalaman pula sebanyak 32GB. Dari segi kamera, telefon bimbit yang mempunyai unit sensor sebesar 21-Megapixel di kamera belakang, manakala sensor kamera depan 8-Megapixel.

Peranti bakal dimuatkan dengan sistem operasi Android Nougat (versi 7.0) terus dari kotak. Sony Pikachu juga dikhabarkan akan dikuasakan oleh cip Helio P20 dan resolusi paparan 1280 x 720 pixel.

gsmarena_001 (1)

Sumber