Microsoft minggu lalu telah menawarkan kemas kini Windows 11 versi Beta untuk bulan Februari kepada pengguna yang menyertai Windows Insider Program danRelease Preview Channels.
Kemas kini itu diberikan lebih awal kepada mereka yang terlibat sebelum ditawarkan kepada pengguna umum Windows 11.
Walaubagaimanpun kini terdapat laporan yang mendakwa kemas kini Windows 11 itu iaitu Windows 11 Build 22000.526 (KB5010414) telah menimbulkan isu kepada penggunanya selepas memasang kemas kni tersebut.
Menerusi semakan di laman rasmi Windows, Microsoft tidak menyatakan sebarang isu pada kemas kini tersebut.
Tetapi sebahagian penggunanya mendakwa komputer mereka menjadi panas dari biasa dan berlaku kegagalan fungsi pada mesin pencetak.
Kemas kini Windows 11 KB5010414 itu dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna tidak lama lagi.
Tetapi memandangkan timbulnya laporan berkaitan masalah pada kemas kini itu, maka ada baiknya anda menangguhkan dulu memasang kemas kini tersebut ke dalam komputer anda apabila ia ditawarkan nanti.
Baca juga: