Sony Jangka Yang Kamera Telefon Pintar Boleh Kalahkan Kamera DSLR

Tidak seperti dahulu, telefon pintar pada zaman sekarang bukan hanya memfokuskan fungsi bersosial semata-mata. Akan tetapi, telefon pintar masa kini sudah mula dalam perlumbaan kamera.

Jadi, tak hairanlah kamera pada telefon yang dahulunya tiada bonggol dan kini bonggolnya sudah semakin besar. Ini kerana kualiti gambar telefon pintar sudah cukup cemerlang.

Malah, kolaborasi jenama kamera seperti Leica, Hasselblad dan Zeiss dengan jenama telefon membuka ruang serta memperluaskan lagi kemampuan kamera telefon pintar.

Menurut presiden dan ketua pegawai eksekutif Sony Semiconductor Solutions (SSS), Terushi Shimizu mengatakan hasil gambar daripada telefon pintar satu hari nanti atau lebih tepat menjelang 2024 akan mengalahkan kamera single-lens reflex (SLR) atau DSLR.

Faktor utama yang membolehkan perkara itu terjadi adalah disebabkan saiz sensor serta bantuan kecerdasan buatan (AI) yang wujud dalam telefon pintar.



Sekiranya melihat corak telefon pintar yang dilancarkan tahun ini, banyak peranti andalan yang memang berentap untuk menunjukkan kamera siapa lagi hebat. Jurang kualiti gambar dari pelbagai jenama sudah semakin rapat.

Pun begitu, mungkin jurugambar profesional masih akan kekal dengan kelengkapan kamera DSLR kerana agak mustahil untuk kamera telefon pintar melangkaui DSLR.

Namun, hasil gambar telefon pintar sudah menghampiri kualiti sebuah kamera DSLR. Bahkan, konsep point and shoot digemari serta mesra pengguna.

Sumber: android authority

Baca juga: