Sony Xperia 1 IV dilengkapi dengan skrin lebar HDR OLED bersaiz 6.5 inci (21:9), 4K 120Hz, RAM 12GB dan storan 512GB sahaja serta dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1.

Ia juga dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong ciri pengecasan pantas dan tanpa wayar.
Tetapi Sony tidak menyertakan sekali kabel dan pengecas bagi telefon pintar mereka terbaru ini di dalam kotak dengan alasan sebagai memelihara alam sekitar.
Ia juga dilengkapi dengan kamera 3 kamera utama dan kamera hadapan yang menggunakan lensa Exmor RS 12MP piksel yang diinspirasikan teknologinya daripada kamera DSLR Sony Alpha.

Sony Xperia 1 IV juga menerima pengiktirafan tahan air dan debu IP65/68.
Harga jualan Sony Xperia 1 IV adalah USD1,599.00 (~RM6900.00) yang ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan violet.
Sony Malaysia sudah pun menyenaraikan Xperia 1 IV di dalam laman sesawang mereka. Bermakna Xperia 1 IV ini akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi.
Untuk spesifikasi penuh Xperia 1 IV, layari laman rasmi Sony Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=eZOJbWMx9yI&t=1s
Berkaitan
- Iklan Jawatan Kosong Sony Mendedahkan Pelancaran PlayStation 5
- Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia
- Sony Diam-Diam Tidak Lagi Menjual Kamera DSLR
- Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony
- Sony Bukan Pemilik Tanda Dagang 'PS5' Di India. Ia Dimiliki Oleh...
- Sony Berdepan Boikot Dari Peminat Marvel Berikutan Penarikan Filem Spider-Man Dari MCU
- Benarkah Sony Akan Menghasilkan Alat Kawalan PS5 Bertemakan McDonald's?
- Ini Rupa Animasi Logo PS5 Apabila Memulakan Permainan Pada Konsol Sony Terbaru Itu
- 2 Model Sony Walkman Terbaru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Sony Telah Memfailkan Hak Tanda Dagang Bagi 5 Generasi PlayStation Akan Datang