Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Float Run

Sony Float Run, Fon Telinga Yang ‘Terapung’ Di Telinga Berharga RM599

Diterbitkan Januari 27, 2023 · Dikemas kini Januari 27, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Sony kini melancarkan siri fon putik mereka yang baharu dan unik.

Reka bentuknya bersesuaian untuk pengguna yang ingin bersukan dan pada masa yang sama mahu mendengar lagu tanpa sebarang gangguan.

Sony Float Run merupakan fon putik yang akan terletak di luar telinga sahaja dan pengguna masih boleh mendengar lagu dengan selesa dan selamat.

Sony Float Run, Fon Telinga Yang ‘Terapung’ Di Telinga Berharga RM599Sony Float Run hanya perlu disangkut di telinga seakan-akan cermin mata dan akan memainkan audio pada bahagian luar sahaja.

Tekstur getah yang ada pada fon putik ini dikatakan tidak bergerak walaupun selaju mana pengguna berlari.

Sony Float Run, Fon Telinga Yang ‘Terapung’ Di Telinga Berharga RM599 Oleh kerana posisinya yang tidak berada di dalam telinga, sudah tentu tiada ciri ANC yang tersedia padanya.

Sony Float Run mempunyai pemacu yang berukuran 16mm di mana lebih besar daripada mana-mana fon putik yang lain.

Ini kerana Sony menyatakan bahawa mereka ingin menyediakan kualiti bunyi yang lebih “luas dan semulajadi” kepada pengguna sewaktu mereka bersenam.

Sony Float Run hanya seberat 33g serta hadir dengan sokongan Bluetooth 5.0.

Fon putik ini juga mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam dan menggunakan kabel USB-C untuk pengecasan.

Berkaitan

  • Hati-Hati, Ini 15 Agensi Terbaru Yang Disenarai Langgar Akta Industri Pelancongan
  • Siri Redmi Note 12 Pecah Rekod, Catat Lebih RM150 Juta Jualan Dalam Seminggu
  • Selepas 5 Tahun, Takhta Xiaomi Di India Dirampas Samsung
  • Kerana 'Dendam' Dengan Android, Apple Didakwa Mahu Pisahkan iOS Daripada Servis Google
  • Tablet Terbaharu Google Ini Mungkin Bakal Mencabar Pasaran Tablet

Sony Float Run akan tersedia di Malaysia tidak lama lagi dengan harga RM599.

Variasi warna bagi fon putik ini hanya dalam hitam sahaja dan mungkin akan dipelbagaikan lagi pada masa yang akan datang.

Sumber: Sony, Sony

Gambar Utama: Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY