Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dan Google Mengumumkan Bekerjasama Melawan Covid-19

Kerana ‘Dendam’ Dengan Android, Apple Didakwa Mahu Pisahkan iOS Daripada Servis Google

Diterbitkan Januari 26, 2023 ยท Dikemas kini Januari 27, 2023 oleh Firdaus

Berdasarkan Financial Times, bekas jurutera Apple mendakwa syarikat itu masih menyimpan hasad atau dendam terhadap Google disebabkan Android.

Bagaimana Permusuhan Ini Berlaku?

Pada awal 2000 selepas Google menciptakan Android, Steve Jobs melabelkan OS tersebut sebagai cetak rompak kerana meniru iOS miliknya.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan Android hinggakan mengisytiharkan perang ke atas Google. Apple juga didakwa cuba untuk mengalahkan Google Android melalui 3 pendekatan – pemetaan, carian, dan pengiklanan dalam talian.

Pemetaan

Cara Muat Turun Peta Negara Atau Negeri Yang Tersedia Untuk Windows 11

Ketika ini, Apple dikatakan sedang mempertingkatkan Apple Maps untuk menggantikan Google Maps.

Awal tahun ini, Apple telah mengumumkan ciri baharu yang membolehkan sesebuah syarikat untuk menuntut lokasi digital mereka yang dipanggil Business Connect.

Menariknya, Business Connect dikatakan tawar ciri iOS yang yang unik seperti Apple Pay.

Carian

Cara Memadam akaun Google Pada Chrome

Apple juga dilaporkan sedang membangunkan enjin carian yang bakal dinamakan Apple Search. Untuk pengetahuan pembaca, Google boleh kehilangan 92% pegangannya dalam pasaran search engine sekiranya Apple tidak lagi memilih Google sebagai pilihan carian lalai.

Pengiklanan Dalam Talian

Google menjana majoriti daripada pendapatannya daripada platform pengiklanan atas talian. Apple juga tidak mahu ketinggalan dan ingin membina jaringan pengiklanan mereka juga untuk mencabar Google.

Seandainya benar, Apple mampu mengubah bagaimana sesuatu iklan itu boleh mengakses platform iPhone dan membolehkan Apple menyekat broker data pihak ketiga.

Berdasarkan apa yang telah saya kongsikan, Apple mempunyai potensi dan kedudukan kukuh untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Google kelak.

Berkaitan

  • Tablet Pertama OnePlus Dijangka Hadir Seawal Februari Depan
  • Apple Mula Menjual iPhone 13 "Refurbished", Harga Dikurangkan Sehingga 15%
  • Coca-Cola Dikatakan Akan Berkolaborasi Dengan Telefon Pintar
  • Siri Redmi Note 12 Pecah Rekod, Catat Lebih RM150 Juta Jualan Dalam Seminggu
  • Selepas 5 Tahun, Takhta Xiaomi Di India Dirampas Samsung

Sumber: Android Authority, Financial Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY