Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Pixel Tablet

Tablet Terbaharu Google Ini Mungkin Bakal Mencabar Pasaran Tablet

Diterbitkan Januari 27, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Setelah sekian lama tidak mengeluarkan siri tablet yang baharu, Google Pixel dikhabarkan akan melancarkannya tidak lama lagi.

Siri tablet ini telah dihebohkan pada Mei 2022 namun ia masih belum dilancarkan secara rasmi.

Kini, sebuah muat naik twit yang baharu ini menampakkan pelancaran tablet Google Pixel semakin jelas.

I have also been provided with a few photos of the device. pic.twitter.com/ctKWQoVDCT

— mila 🌸🏳️‍⚧️ (@Za_Raczke) January 26, 2023

Berdasarkan gambar yang disertakan, kita dapat menjangkakan yang versi Pixel Tablet ini hanya mempunyai satu model sahaja.

Siri tablet yang bakal hadir ini dijangka akan memiliki  cip Tensor G2 SoC di mana sama seperti Pixel 7 dan Pixel 7 Pro.

Walau bagaimanapun, panel AMOLED mungkin tidak akan disertakan bagi siri Google Pixel Tablet.

Ia turut dikatakan dilengkapi dengan Samsung-made RAM yang sebesar 8GB dan storan UFS 256GB.

Ia juga mempunyai pengimbas cap jari pada sisi peranti tersebut yang mungkin digabungkan dengan butang kuasa.

Walaupun sudah diberikan gambaran yang agak jelas, peranti ini masih lagi belum diberikan tarikh yang tetap untuk dilancarkan walaupun sudah hampir 8 bulan dinyatakan oleh Google Pixel sendiri.

Berkaitan

  • 'Runestone' Tertua Di Dunia Ditemui Ahli Arkeologi Di Norway, Berusia 2,000 Tahun
  • Hati-Hati, Ini 15 Agensi Terbaru Yang Disenarai Langgar Akta Industri Pelancongan
  • Siri Redmi Note 12 Pecah Rekod, Catat Lebih RM150 Juta Jualan Dalam Seminggu
  • Selepas 5 Tahun, Takhta Xiaomi Di India Dirampas Samsung
  • Kerana 'Dendam' Dengan Android, Apple Didakwa Mahu Pisahkan iOS Daripada Servis Google

Selain daripada siri tablet yang baharu ini, Google Pixel juga telah melancarkan Pixel Slate pada Oktober 2018.

Tetapi, pengeluarkan bagi siri peranti ini sudah berhenti sejak Disember 2020 dan telah dibuang sepenuhnya dari Google Store pada Januari 2021.

Sumber: GSMArena

Gambar Utama: GoogleStore

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY