Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Sensor

Sony Diramal Umum Sensor Kamera 1/1.1 Inci Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Mac 29, 2022 · Dikemas kini Mac 29, 2022 oleh Firdaus

Apabila kita bercakap tentang kamera sesebuah peranti, sensor yang digunapakai merupakan perkara yang sangat penting selain bilangan lensa yang sedia ada. Untuk bahasa mudah, lagi besar saiz sensor maka lagi cantiklah gambar yang akan dihasilkannya.

Mengikut ura-ura, Sony telah membangunkan sensor terbaru, Sony Exmor IMX800 untuk kegunaan dalam industri peranti. Disebabkan tiada lagi yang sepertinya sebelum ini, sensor tersebut merupakan yang terbesar daripada Sony dan akan menjadi yang terbesar dalam pasaran.

Oleh sebab itu, sensor Sony Exmor IMX800 akan dapat menarik lebih banyak cahaya berbanding sensor yang lebih kecil daripadanya. Justeru, ia dapat menghasilkan gambar yang lebih jelas, terang dan baik terutamanya dalam keadaan yang kurang cahaya.

Sensor Kamera Sony

Selain itu, sensor 50MP ini dikatakan hadir dengan saiz 1/1.1 inci dan ia besar sedikit daripada sensor Samsung GN2. Samsung GN2 juga merupakan sensor 50MP tetapi pada ukuran saiz 1/1.12 inci.

Sensor Exmor IMX800 dijangka akan membuat kemunculan dalam Xiaomi 12 Ultra yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Hal ini demikian, Xiaomi menggunakan sensor Samsung GN2 pada Xiaomi Mi 11 Ultra pada tahun lepas. Xiaomi 12 Ultra dikhabarkan datang dengan barisan kamera pada resolusi 50MP, 48MP dan 48MP.

Walau bagaimanapun, anda tak boleh menjangkakan bahawa kualiti gambar daripada Xiaomi 12 Ultra adalah yang terbaik disebabkan sensor Sony ini. Sebenarnya, faktor seperti jenis lensa, kualiti lensa yang digunakan dan kemampuan perisian memproses memainkan peranan penting dalam menghasilkan gambar yang cantik.

Sumber: Android Authority, gsmarena

Foto utama: rodent950

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Kuo Jelaskan Kenapa Bonggol Kamera iPhone 14 Pro Makin ‘Gedabak’

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY