Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony google smart tv

Sony Mahu Haramkan Penonton Tengok Kandungan Cetak Rompak Di TV Mereka

Diterbitkan Januari 17, 2023 · Dikemas kini Januari 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sony sudah memfailkan paten sebuah teknologi pada TV pintar (smart TV) yang akan menghalang penggunanya menonton filem, drama dan kandungan cetak rompak. Paten ini hadir dengan nama “Anti-Piracy Control Based on Blacklisting Function”.

YouTube siri TV

Melalui paten dikongsikan, TV Sony akan dilengkapkan dengan sebuah aplikasi yang akan memantau segala aplikasi lain dalam TV serta menyekat pemasangan aplikasi tidak diiktiraf cuba dipasang (sideload).

Aplikasi pemantauan ini menyimpan senarai hitam seperti URL, alamat IP yang mana akan digunakan untuk mengesan aplikasi pihak ketiga jika ia menjadi sumber perkongsian kandungan tanpa lesen.

paten sony cetak rompak

Bukan hanya menyekat secara total, tapi juga ia boleh mengganggu penonton ketika kandungan cetak rompak dimainkan seperti menghentikan tontonan pada masa yang rambang dengan tujuan memberi rasa tidak selesa pada pengguna.

Berkaitan

  • Jual Kotak TV Android Haram Boleh Didenda
  • Apa Beza Antara Android TV Dengan Smart TV? Mana Satu Lebih Bagus?
  • TV LG Yang Terbaru Akan Menambah Sokongan 'Cloud Gaming'
  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix
  • Android TV 13 Dah Lancar Tapi Anda Tidak Akan Terima Dalam Masa Terdekat

Buat masa ini, ia masih lagi di tahap teori dan tidak pasti apakah Sony benar-benar akan jayakannya pada produk mereka dalam masa setahun dua ini.

Sumber: Torrent Freak,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY