Dahulu kita pernah dengar akan skybox atau openbox yang menawarkan siaran TV secara percuma tanpa sebarang cas tambahan.
Kemudian, teknologi makin berkembang dan penggunaan kotak TV Android (android box) pula kian diterima oleh masyarakat.
Akan tetapi, mungkin teknologi ini sudah disalah guna oleh sesetengah individu dimana baru-baru ini sebuah syarikat menjual peralatan IT di Shah Alam telah didakwa di mahkamah.
Ini kerana mereka bersalah atas kesalahan mempromosikan kotak TV Android untuk mendapatkan siaran televisyen berbayar secara haram.
Sebenarnya ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(ha) Akta Hak Cipta 1987 kerana menjual teknologi atau alatan untuk memintas perlindungan teknologi yang disebut dalam subseksyen 36A(3).
Sekiranya bersalah, denda tidak kurang daripada RM4000 dan tidak lebih RM40,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan peranti kotak TV Android tersebut.
Namun, tidak salah untuk memiliki kotak TV Android tetapi ia menjadi kesalahan apabila kita menggunakannya untuk menonton siaran lain di dunia secara percuma.
Sumber: Berita Harian