Terbaru, presiden dan CEO Sony Interactive Entertainment (SIE), Jim Ryan mengatakan mereka berminat dan sedang merancang untuk membawa beberapa francais PlayStation yang popular buat telefon pintar.
Baca juga - Sony Diam-Diam Tidak Lagi Menjual Kamera DSLR
Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa berpuas hati kerana mereka berjaya melakukannya sejak menawarkan permainan video eksklusif PlayStation buat platform PC seperti Horizon Zero Dawn dan Days Gone.

Meskipun begitu, masih belum pasti bagaimana Sony mahu menjadikannya realiti dan cara ia dimainkan di peranti mudah alih.
Baca juga - Sony Ada Idea Untuk Tolong Pemain "Noob"
Akan tetapi, tidak mustahil pun bagi mereka kerana Sony pernah hadir dengan konsol mudah alih PSP dan PS Vita serta peranti Xperia Play. Malah, Sony juga telah menampilkan PS Remote Play pada PS4 dahulu.

Dengan ini, adakah kita dapat lihat siri The Last Of Us, Gran Turismo mahupun God of War di telefon pintar?
Jika ia menjadi realiti, tidak mustahil jenama-jenama telefon pintar seperti ASUS mahu memberikan spesifikasi lebih baik dalam telefon gaming mereka.
Baca juga - PlayStation 5 Akan Guna Cip Baru Menjelang Tahun 2022
Sumber: ubergizmo
Foto utama: amazon
Berkaitan
- Telefon Gaming Redmi Bakal Guna Pengecasan Pantas Seperti Mi 11 Ultra
- Ini Telefon Gaming Pertama Tahun 2022, Lenovo Legion Y90
- Sony Ada Idea Untuk Tolong Pemain "Noob"
- U Mobile Beri Internet Percuma Untuk Golongan B40 Di 12 PPR
- OPPO Reno5 Pro+ 5G Akan Guna Sensor Kamera Sony IMX766, Bakal Lancar 24 Disember
- Monitor Gaming 4K Aorus Diumumkan, Sesuai Untuk PS5
- Razer Hadir Dengan Sarung Jari Untuk 'Mobile Gamers'
- Menteri Ukraine Gesa PlayStation & Xbox Sekat Akaun Rusia Sementara Waktu
- Valorant Mobile Lambat Keluar, Syarikat China Ini Terus Umum 'Game' Yang Serupa
- Acer Umum Tiga Lagi Monitor Gaming Predator