Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SONY DSC

Sony Diam-Diam Tidak Lagi Menjual Kamera DSLR

Diterbitkan Mei 6, 2021 · Dikemas kini Mei 6, 2021 oleh ariff bukhari

Sony dahulunya merupakan antara pengeluar terkemuka kamera DSLR kini dilaporkan tidak lagi menjual kamera DSLR mereka.

Dakwaan ini muncul selepas laman Sony Alpha Rumors mendapati Sony telah menarik keluar model kamera DSLR A99ii, A77ii dan A68 dari laman rasmi Sony.com dan BHphoto.

Menurut laman itu lagi, penarikan barisan siri kamera Sony itu sekaligus menandakan tamatnya era sistem kamera DSLR Sony dari pasaran.

Penarikan Sony dalam persaingan kamera DSLR adalah sesuatu yang tidak mengejutkan.

Ini kerana, model kamera DSLR terakhir dari Sony adalah A99 II yang dilancarkan pada lewat 2016 dahulu.

Selepas dari itu, Sony telah mengalih fokus mereka dengan membangunkan kamera mirrorless.

Menerusi segmen kamera terbaru ini, Sony telah menguasai pasaran kamera mirrorless dan berjaya menambat hati para peminat kamera menerusi pelbagai model.

Sumber: Ubergizmo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY